Monday, January 17, 2011

SAGITTARIUS

SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUAS

Ciri Positif Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.
Ciri Negatif Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.
Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.







SAGITTARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang dilahirkan dibawah lambang Sagittarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini bermakna anda bukanlah seorang yang posesif ( pengongkong ). Anda merupakan kawan atau pasangan yang menyenangkan kerana anda mempunyai wawasan yang luas dan bersikap tenang.
Anda gemar mencari seberapa banyak kawan tetapi hanya segelintir sahaja yang anda dapat percayai. Dari segi perhubungan yang membuahkan cinta , Sagittarius gemar bertukar – tukar kawan atau pasangan sebelum bertemu dengan pasangan yang paling secocok.
Namun , Sagittarius seorang kekasih yang setia. Pasangan yang anda gemari ialah bukan dari jenis yang cemburu. Jadi , pasangan yang sesuai dengan anda ialah ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ). Sebaliknya , hubungan anda dengan CAPRICORN ( 21 Disember – 19 Januari ) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai) perlu anda hindari lantaran kurang sesuai dengan anda.
Aries sesuai dengan anda kerana Aries juga menyukai pada kebebasan .Sifat Aries yang periang dan cerdas juga sangat menyenangi anda. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Gemini kerana Gemini sukakan kebebasan dan periang yang mana sudah tentu sesuai dengan anda. ( Sagittarius )
Walau bagaimana pun , Capricorn yang cemburu dan posesif agak kurang sesuai bagi Sagittarius yang gemarkan kebebasan. Begitu juga hubungan anda dengan Cancer yang agak sensitif . Ini kerana orang Sagittarius tidak bersedia untuk meluangkan masanya untuk menyelami isi hati orang yang sensitif.


SAGITTARIUS : PERHUBUNGAN SEKS
Orang yang berkelahiran Sagittarius akan terus mencari cinta sejati. Tetapi, apabila anda menemui cinta sejati, anda akan terus mengabdikan diri anda pada pasangan anda itu. Sagittarius suka berterus-terang tetapi ada kalanya anda suka menimbang-nimbangnya terlebih dahulu. Sebaik-baik sahaja sudah membuat keputusan, anda akan ke ranjang dengan pasangan anda sehingga dia tidak berupaya menolak lagi sehingga kamu berdua mendapat kepuasan bersama. Anda bersedia menggunakan kuasa mempergaruhi sehingga tidak banyak daripada pasangan anda yang berpeluang menolak kemahuan anda. Dengan kata lain, anda selalu menjadikan sesuatu yang dibayangkan menjadi kenyataan. Lantaran itu, pasangan anda harus bersedia mengendalikan setiap tindak tanduk Sagittarius demi mengelakkan kelukaan.

SAGITTARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Sagittarius agak memilih pekerjaan. Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang 'besar'. Anda mengkehendaki wang, nama, glamour, prestij dan pengiktirafan masyarakat. Namun, kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat, doktor, agen pelancongan, pegawai kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat-ubatan. Di tempat kerja, anda sememangnya rajin, tekun, suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai kerjaya yang sesuai, anda biasanya mudah mendapatkan wang. Tetapi, anda tidak mengutamakan wang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda. Apabila menghadapi  masalah kewangan, anda biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat anda sentiasa mementingkan kawan, sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan.


SAGITTARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Sagittarius sukakan keluarga dan rumah tangga yang harmoni. Sikap demikian menyebabkan sebarang masalah yang dihadapi Sagittarius segera dapat diatasi dengan bantuan anggota keluarga. Anda suka memberi kebebasan kepada kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri, anda agak mengongkong mereka. Walaupun terdapat sedikit masalah dengan anak-anak pada peringkat awal, namun pada keseluruhannya, anda berjaya mengatasinya berkat kerjasama dan persefahaman.




No comments:

Post a Comment