Monday, January 17, 2011

GEMINI

GEMINI : YANG BEBAS
Ciri Positif Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.
Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.


GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.
Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.
Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .
Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini. 
GEMINI : PERHUBUNGAN SEKS
Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi . Mudah sahaja mereka menganggap seks sebagai aktiviti yang membosankan . Tetapi , mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan mereka menyenangi perbualan .

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.




GEMINI : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA


Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan . Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah merungut dan mengkritik. Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak , dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak – anak . Sesuai dengan pepatah ‘ bapa borek anak rintik ‘ , orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya .  


No comments:

Post a Comment